Latar belakang Perang_Filipina-Amerika

Revolusi Filipina

Imej pemberontak Filipina yang diketahui sebagai Katipuneros.

Pada 7 Julai 1892, Andrés Bonifacio, seorang penjaga gudang dan juru cata dari Manila, menubuhkan Katipunan, sebuah pertubuhan rahsia yang bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol dengan cara revolusi bersenjata. Katipunan menyebarkan ke beberapa wilayah, dan Revolusi Filipina pada tahun 1896 dipimpin oleh para anggotanya.

Walaupun Bonifacio seorang yang berkarisma dan boleh mengambil keputusan, namun dia dikalahkan oleh Sepanyol dalam pertempuran yang dia pimpin, termasuk pertempuran besar pertama di San Juan del Monte, Manila (kini Pinaglabanan).

Pejuang di wilayah Cavite memperolehi kemenangan awal. Salah satu pemimpin yang berpengaruh dan terkenal adalah Emilio Aguinaldo, yang menguasai sebahagian besar timur Cavite. Akhiranya, Aguinaldo dan puaknya mendapatkan kuasa dalam Katipunan. Katipunan akhirnya dikuasai oleh pemerintahan yang revolusi, di mana Aguinaldo dipilih sebagai presiden, dan Bonifacio dihukum kerana pengkhianatan.

Konflik antara Bonifacio dan Aguinaldo menjadi perkara yang paling kontroversi bagi beberapa orang ahli sejarah Filipina. Nick Joaquin berpendapat bahawa Revolusi 1896 yang dipimpin oleh Cavitenos dibezakan daripada pemberontakan Bonifacio yang gagal di Manila. Ahli sejarah yang lainn seperti Teodoro Agoncillo dan Milagros C. Guerrero mencatatkan bahawa Bonifacio menyusun Katipunan sebagai sebuah pemerintahan dengan dia sebagai presiden. Pemerintahannya disebut Republika ng Katagalugan.

Rujukan

WikiPedia: Perang_Filipina-Amerika http://www.everything2.com/index.pl?node_id=524887 http://news.google.com/newspapers?nid=1683&dat=200... http://historicaltextarchive.com/sections.php?op=v... http://www.historyguy.com/PhilipineAmericanwar.htm... http://www.jhu.edu/~gazette/2006/10apr06/10paul.ht... http://web.archive.org/20021126182952/de.geocities... http://books.google.com.ph/books?id=IFNrC0lVLvAC&p... http://books.google.com.ph/books?id=tN__4jLTnd8C&p... http://www.msc.edu.ph/centennial/